gkp 4.0

PUBLISH BY MYSUMBER.COM

BERITA MENGENAI GKP 4.0

Tahun 2020-2021 merupakan tahun yang mencabar bukan sahaja bagi rakyat dan negara Malaysia, malah seluruh dunia berikutan penularan wabak COVID-19. Urusan perniagaan seperti biasa harus ditutup seketika bagi mengelakkan penyakit ini merebak. Ekonomi masyarakat dan juga negara pastilah terjejas. Namun kerajaan amat bertimbang rasa terhadap Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro di Malaysia dengan menyediakan Geran Khas Prihatin (GKP) yang boleh dibuat secara atas talian (permohonan online)

Inisiatif Geran Khas Prihatin ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri ketika pembentangan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN Tambahan). Ianya diharap dapat membantu meringankan beban kewangan perniagaan para pengusaha dalam industri PKS mikro yang terjejas akibat wabak COVID-19. Objektifnya adalah tiada siapa yang akan tercicir dalam menerima bantuan kerajaan

Apa itu Bantuan GKP?

Pemberian GKP iaitu pembayaran berjumlah RM3,000 akan dikreditkan secara one-off atau sekali bayaran ini dijangka memberikan manfaat kepada hampir 700 ribu PKS mikro di seluruh negara. Yang menariknya lagi, geran ini adalah berbeza dengan pinjaman iaitu anda tidak perlu membayar kembali geran/dana tersebut kerana ini bukanlah pembiayaan.

Syarat-syarat wajib permohonan bagi mendapatkan bantuan kerajaan ini adalah PKS mikro mestilah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebelum atau pada 31 Disember 2019. Kerajaan juga akan memperolehi senarai PKS mikro yang layak daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebagai pengesahan

Permohonan GKP 4.0 & Semakan GKP Tambahan Serta Tarikh Pembayaran Geran Khas Prihatin 2021

Berikut dikongsikan cara membuat Permohonan Geran Khas PRIHATIN dan cara membuat semakan status permohonan Geran Khas PRIHATIN secara online beserta maklumat lain berkaitan

TERKINI: Bayaran GKP 4.0

Menurut Perdana Menteri, Bayaran GKP 4.0 bagi bulan September akan dibuat pada:

  • Bayaran : Mulai 21 September 2021

  • Semakan Status: 20 September 2021

TERKINI: Geran Khas Prihatin GKP 4.0

Menurut Menteri Kewangan, bagi GKP 4.0 akan diberikan kepada:

  • Penerima sedia ada

  • Penerima baharu

Akan dibayar pada bulan:

  • RM500 : September 2021

  • RM500 : November 2021