seminar LHDN

PUBLISH BY LHDN ON 06 OCTOBER 2021


SEMINAR PERCUKAIAN KEBANGSAAN (SPK) 2021

Sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) akan menganjurkan Seminar Percukaian Kebangsaan (SPK) 2021 secara dalam talian mulai 09 hingga 16 November 2021. Penganjuran seminar ini bertujuan untuk memberikan maklumat terkini dan pemahaman yang lebih jelas berkaitan sebarang pindaan dalam Akta Cukai Pendapatan 1967 serta akta-akta berkaitan yang dibentangkan melalui Belanjawan 2022.

Sebanyak 3 sesi seminar akan diadakan seperti yang berikut: - Sesi Tarikh Sesi 1 9 November 2021 (Selasa) Sesi 2 11 November 2021 (Khamis) Sesi 3 16 November 2021 (Selasa)

SPK 2021 membariskan para penceramah berpengalaman yang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan LHDNM dan akan mengupas topik “2022 Budget Proposals” dan “Taxation of e-Commerce in Malaysia”. Pendaftaran seminar boleh dibuat secara dalam talian mulai 18 Oktober 2021 hingga 16 November 2021 melalui portal https://spk.hasil.gov.my/. Sila layari www.hasil.gov.my untuk maklumat lanjut.